Nak post dalam Bahasa Melayu la pulak. Dok bajet tau ja diri ni dalam English
Pejam celik, pejam celik, selepas 8 X 30 rakaat berterawih (21 X 30 rakaat bg most people) dah raya dah.
2012 merupakan tahun yg pertama disambut dengan family sepanjang bulan sejak 4 tahun dahulu. Maklumlah 2 tahun d MRSM taiping dan 2 tahun d KMB.
Tapi yg peliknya, Ramadhan pada tahun ini sangat pantas berlalu. Betul kan? Ingat baru minggu lepas ja baru nak start puasa. Rupa-rupa dah habis dah.
Well, yg lepas itu lepas dan moga-moga amalan kita pada bulan Ramadhan diterima oleh Allah swt.
Allahumma taqabbal minna du'aina, sujudana, ruku'ina, 'ibaadaatina, taubaatanina, innaka Anta AssSami' AlMajib
(Ni post pada Syawal 1 sebab xde orang datang ke rumah, jadi, mai2 lah rumah aku kalau anda berdekatan.)
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir Batin.
Mohon maaf dari hujung cell rambut hinggalah ke hujung cell kuku kaki :)